Wednesday 3 December 2014

Masalah Etnik Di Rohingya

Isi kandungan
















1.0 Penghargaan


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Saya sangat bersyukur kerana dengan berkat dan rahmat-Nya saya akhirnya dapat menyiapkan tugasan bagi subjek Cabaran Dan Isu Semasa Dunia (GCI1022) ini dengan sempurna dan jayanya dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
             Pertama sekali, saya ingin mengucapkan bebanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kami iaitu Puan Shamsazila Binti Saaban. Beliau sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan terima kasih ini juga di atas kesabaran dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau dalam mendorong dan memberikan panduan kepada saya dan rakan sekelas yang lain dalam menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan dan jasanya dengan memberikan kesihatan dan kesejahteraan  serta dipanjangkan umur kepada beliau.
            Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada pensyarah-pensyarah dari jabatan lain kerana sudi meluangkan masa untuk memberi sedikit sebanyak tunjuk ajar serta maklumat dan panduan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa pengorbanan mereka sudah tentu saya tidak dapat menyipkan tugasan ini dengan sempurna.
            Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan abang-abang senior saya yang telah banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah banyak memberikan kerjasama kepada saya dengan memberikan idea-idea yang bernas untuk membantu saya untuk menyelesaikan tugasan ini. Sesungguhnya, tanpa bantuan dan kerjasama daripada semua pihak sudah tentu saya tidak akan mampu untuk menyediakan tugasan sebegini.



2.0 Pengenalan


Etnik Rohingya merupakan satu kumpulan etnik yang menganuti agama Islam dan menetap di Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Mengikut catatan sejarah lampau umat Islam di Rohingya merupakan penduduk asal di Negeri Rakhine. Hal ini telah menyebabkan terbentuknya satu gugusan besar Arakan yang terletak berdekatan dengan sempadan Bangladesh pada masa kini menerusi pelbagai kajian sejarah dan bahan-bahan ilmiah yang dibuat. Menurut catatan sejarah lagi masyarakat Rohingya ini dikatakan wujud sejak awal kurun ke-7 lagi di Negeri Arakan yang ketika itu dijadikan sebagai penempatan pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam. Namun begitu, bukti yang menyatakan dan menjelaskan sejarah ini adalah terlalu sedikit sehingga menyebabkan masyarakat dunia diluar sana berasa ragu-ragu dengan bukti sejarah tersebut. Secara majoritinya masyarakat Rohingya ini hanya tertumpu kepada dua buah bandar utara Negeri Rakhine (dahulu dikenali sebagai Arakan) sahaja di Myanmar ini.
Orang Rohingya ini sebenarnya memiliki persamaan samada dari segi bentuk fizikal, bahasa malah dari segi budaya sendiri dengan orang di Asia Selatan, terutamanya orang Benggali itu sendiri. Selain itu sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan juga merupakan keturunan orang Arab, Parsi dan orang Pashtun. Hal ini berlaku kerana, pada suatu ketika dahulu terdapat golongan pedagang-pedagang yang berasal daripada Arab, Parsi dan Pashtun telah berhijrah ke Arakan semasa zaman pemerintahan Empayar Munghal ketika itu. Berdasarkan catatan sejarah, Sultan Mahmood merupakan salah seorang masyarakat Rohingya yang kaya serta berpengaruh dan beliau juga telah menyandang jawatan setiausaha politik dalam kerajaan U Nu dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Kesihatan disana. Manakala masyarakat Islam Rohingya yang lain pula menjawat jawatan sebagai setiausaha parlimen dalam kerajaan U Nu yang terdiri daripada Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora Begum, Abdul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (UPho Khine) juga merupakan ahli-ahli parlimen dalam cabinet U Nu di Myanmar ketika itu.

Sejak dari tahun 1983 lagi tragedi kemanusiaan yang membabitkan penghapusan etnik ini sudah dialami sendiri oleh umat Islam di Rohingya. Pada ketika itu dilaporkan sebanyak 30,000 orang yang menganut agama Islam telah di bunuh pada peristiwa 26 Julai 1983 di Myanmar. Tragedi yang sama turut berlaku kepada umat Islam iaitu pada tahun 1942, 1968, 1992 dan 2002 yang melibatkan umat Islam itu sendiri.
Sejak akhir-akhir ini dunia seringkali digemparkan dan diuar-uarkan dengan isu-isu yang berkaitan dengan penghapusan etnik. Isu ini telahpun wujud sejak dari dahulu lagi iaitu sebelum Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi yang melibatkan masyarakat Melayu Champa dengan masyarakat Dai Viet yang berasal dari selatan China (faktor yang melahirkan bangsa Vietnam). Selain itu kita juga pernah digemparkan dengan berita yang berkaitan dengan konflik yang sama berlaku di Bosnia-Herzegovina suatu ketika dahulu. Konflik yang berlaku di Serbia ini disebabkan oleh pemerintah Bosnia-Herzegovina itu sendiri yang ingin menghapuskan umat-umat Islam di Bosnia-Herzegovina. Akibatnya, banyak pertubuhan Islam seperti Printing House yang mencetak dan menerbitkan buku-buku berunsur Islam di Yugoslavia ditutup pada tahun 1964 (Kaliammal Shumugam, 2006). Namun begitu, konflik ini juga turut berlaku pada masa sekarang iaitu di Rakhine atau lebih tepat lagi di barat Myanmar. Mereka ini adalah terdiri daripada masyarakat Islam yang terdiri daripada etnik Rohingya itu sendiri dan penindasan ini disebabkan oleh pihak kerajaan Junta daripada Burma.
Masalah ini juga turut berlaku di negara-negara Timur Tengah seperti di Libya, Mesir dan Israel. Isu ini juga bukan sahaja melibatkan perbalahan politik sahaja malah mereka juga mempunyai agenda yang tersendiri dan tersembunyi untuk mencapai matlamat mereka. Secara kebiasaannya isu perbalahan ini seringkali melibatkan antara dua agama iaitu agama Islam dengan agama-agama lain. Namun begitu masalah paling serius yang berlaku kini adalah penghapusan etnik Rohingya di Myanmar selain masalah yang berlaku di Palestin dan Israel iaitu antara orang Islam dan Orang Yahudi. Secara sedar atau tidak sedar isu penghapusan etnik Rohingya di Myanmar ini telah berlaku sejak beberapa tahun dahulu dan ramai dalam kalangan mereka telah menjadi mangsa ketidakperikemanusiaan di bumi Myanmar ini. Masyarakat Rohingya ini telah ditindas, dibunuh, tidak diberikan hak kemanusiaan dan sebagainya. Di samping itu bantuan-bantuan yang diberikan oleh masyarakat dunia kepada masyarakat Rohingya ini sebahagian besarnya tidak sampai kepada orang-orang Rohingya itu sendiri.
Telah difahamkan bahawa setiap hari orang-orang Rohingya ini akan berhijrah untuk mencari tempat-tempat yang lebih selamat sebagai tempat tinggal dan perlindungan mereka daripada orang-orang Buddha di Myanmar yang memburu mereka setiap hari. Kerajaan Myanmar mendakwa pelarian Rohingya merupakan pendatang haram oleh sebab mereka tidak mempunyai sebarang dokumen kerakyatan yang sah (Abu Talib Ahmad, 2008). Masalah ini sentiasa tidak mendapat perhatian dan telah diabaikan oleh masyarakat dunia sejak dari dahulu lagi. Lebih menyedihkan lagi wanita-wanita disana turut dijadikan hamba seks oleh orang-orang Buddha di Myanmar termasuklah tentera-tentera Junta itu sendiri. Walaupun sudah bertahun-tahun isu ini wujud namun tiada sebarang tindakan yang sistematik untuk melindungi dan mempertahankan masyarakat Rohingya ini daripada mangsa penindasan tentera Junta di Myanmar.
Sehinggakan ke hari ini isu ini semakin hari semakin hangat diperkatakan samada di media massa mahupun di dada-dada akhbar itu sendiri. Mengikut perkiraan semasa seramai 1 juta umat Islam di Rohingya ini yang menjadi mangsa kepada isu keganasan dan penghapusan etnik Rohingya  ini telah menjadi pelarian di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Manakala seramai 2 juta umat Islam di Rohingya pula masih berada di Arakan untuk meneruskan hidup mereka dan memperjuangkan hak-hak mereka di Myanmar.









2.1 Definisi etnik Rohingya


Orang Rohingya ini dikatakan wujud pada awal kurun ke-7 dan perkataan Rohingya ini berasal daripada bahasa Burma itu sendiri. Orang Rohingya ini secara majoritinya adalah terdiri daripada kumpulan etnik yang menganuti agama Islam. Jumlah penduduknya adalah beranggaran sebanyak 3 juta dan bahasa yang digunakan mereka adalah bahasa Burma dan bahasa Rohingya.
Masyarakat Rohingya ini adalah masyarakat Islam yang tinggal di kawasan Arakan di barat Myanmar. Semasa tahun 2012 penduduk Rohingya ini mencecah 800,000 yang tinggal di Myanmar.
Perkataan Rohingya ini adalah berasal daripada Bahasa Arab iaitu Rahma yang membawa maksud “rahmat”. Menurut sejarah, selepas kapal Arab yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab ini telah merosakkan berhampiran dengan Ramree Pulau, pedagang Arab tersebut telah diperintahkan supaya disempurnakan oleh raja Arakanese. Seterusnya mereka telah besepakat untuk menjerit dalam bahasa mereka iaitu “Rahma”. Melalui daripada peristiwa itu, orang-orang ini telah digelar sebagai “Rahma” dan kemudiannya perkataan tersebut berubah sedikit demi sedikit daripada Raham kepada Rhohang dan akhirnya menjadi Rohingya.
Dalam kalangan penduduk Islam di Myanmar, istilah 'Mrohaung' (Old Arakanese Kingdom) telah diubahsuai untuk Rohang. Dan oleh itu penduduk rantau ini dipanggil Rohingya (Prof. Datuk Abdul Halim Sidek, Dr. Yohan Kurniawan, Prof. Dr. Hishamuddin Bin Md, 2012)





3.0 Faktor-faktor konflik etnik Rohingya di Myanmar


Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penindasan dan keganasan etnik yang sedang berlaku di Arakan, Myanmar ketika ini. Antaranya ialah etnik Rohingya sebenarnya merupakan satu bangsa yang kewarganegaraan mereka tidak diakui oleh penduduk Myanmar sendiri. Selain itu sejarawan Burma juga telah menafikan sendiri kewujudan etnik Rohingya di bumi Myanmar dengan menyangkal segala pernyataan yang mengatakan etnik ini telah wujud sejak dari dahulu lagi. Kemudian. penindasan ini juga melibatkan diskriminasi agama dalam kalangan penduduk Myanmar sendiri. Kewujudan undang-undang “Citizenship Law (1982)” juga telah menjadi punca kepada penindasan dan penghapusan etnik Rohingya di Myanmar serta sikap segelintir masyarakat dunia yang tidak mempedulikan kesengsaraan yang dialami oleh etnik Rohingya itu sendiri.
Berdasarkan faktor di atas, faktor yang pertama tercetusnya penindasan dan penghapusan etnik Rohingya di Myanmar ialah penduduk Myanmar itu sendiri yang tidak mengakui dan mengiktiraf kedudukan etnik Rohingya di negara tersebut. Etnik Rohingya berasal daripada keturunan Bengali dan memasuki Myanmar pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain. Pada ketika itu etnik Rohingya yang memasuki Myanmar telah diakui warganegaranya dan kerakyatannya. Namun begitu, menurut Perlembagaan Myanmar, hanya keturunan Bengali dan anak mereka yang masuk dan tinggal di Myanmar sebelum kemerdekaan yang diberikan oleh Britain pada 1948 sahaja dianggap sebagai warganegara Myanmar. Oleh itu, warga Bengali yang tinggal di Myanmar selepas kemerdekaan dengan secara rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan mengancam keselamatan negara tersebut.
Faktor yang kedua ialah sejarawan Burma itu sendiri telah menafikan kewujudan etnik Rohingya dalam sejarah Myanmar itu sendiri. Tindakan ini telah dilakukan oleh ahli-ahli sejarawan Burma itu sendiri dengan menyatakan bahawa suku etnik Rohingya ini belum pernah dan tidak sama sekali wujud dalam sejarah Burma. Perkara ini telah menyebabkan penduduk Myanmar yang lahir selepas merdeka berasa tidak puas hati terhadap etnik Rohingya kerana mereka menganggap etnik Rohingya ini sebagai orang asing yang membawa ancaman kepada mereka. Selain itu, ahli-ahli sejarawan Burma juga telah berperanan memadamkan sejarah sebenar kedatangan etnik Rohingya di Myanmar pada kurun ke-19 dengan menyatakan bahawa etnik Rohingya ini hanya wujud di bumi Myanmar setelah tahun 1950 dan belum pernah wujud sebelum ini. Oleh sebab itu, pemerintah Burma telah menolak kewarganegaraan etnik Rohingya ini di negara Myanmar. State Law and Order Restoration Council (SLORC) telah bertindak dengan menyisihkan orang-orang Rohingya kerana secara majoritinya orang-orang Rohingnya adalah beragama Islam dan ketika itu pegangan agama Buddha di Burma sangat kuat. Hal ini telah menyebabkan berlakunya diskriminasi terhadap orang-orang Islam di negara Burma.
Faktor seterusnya ialah ialah diskriminasi agama Islam oleh penganut agama Buddha itu sendiri dalam kalangan penduduk di Myanmar. Perkara ini dapat dilihat apabila masjid-masjid di barat Myanmar tidak pernah diambil perhatian dan tidak diperbaiki. Mereka tidak pernah ambil peduli tentang nasib kelompok minoriti lain beragama Buddha mahupun Kristian yang ditekan kerajaan pusat yang sentiasa didominasi kelompok Burman (Moshe Yegar, 1978). Kedudukan tempat beribadat bagi umat Islam di sana sangatlah rendah sehinggakan masjid-masjid disana boleh sewenang-wenangnya digantikan dengan pagoda Buddha. Segala aktiviti perkahwinan dan pergerakan umat Islam disana telah dihadkan. Umat Islam disana juga dipaksa untuk keluar dari agama Islam dan menganut agama Buddha. Sangat menyedihkan lagi ialah wanita-wanita Islam disana tidak dibenarkan sama sekali memakai hijab dan ramai wanita-wanita Islam disana juga turut ditindas, didiskriminasi, dirogol dengan sesuka hati dan sebagainya. Hal ini menunjukan bahawa hak asasi kaum wanita Islam disana tidak dijaga dan boleh dilakukan dengan sesuka hati serta dianggap sebagai hamba. Umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penduduk yang menganut agama Buddha. Negara Myanmar mempunyai kapasiti penduduk seramai 57 juta dan  terdapat sebanyak 173 etnik disana. Masyarakat Rohingya yang beragama Islam merupakan masyarakat kedua terbesar di Myanmar selepas agama Buddha.
Faktor yang keempat pula ialah melalui pengenalan undang-undang “Citizenship Law” di Myanmar. Melalui undang-undang ini ia telah membawa kepada penyisihan etnik terutamanya etnik Rohingya. Semasa tahun 1982 pemerintah Junta ketika itu telah memperkenalkan undang-undang yang dikenali sebagai “Citizenship Law (1982)”. Undang-undang ini berperanan besar dalam menafikan segala hak asasi dan hak kewarganegaraan terhadap etnik Rohingya yang tinggal di Myanmar. Dalam undang-undang ini ia telah menyatakan bahawa hanya sebanyak 135 etnik sahaja diiktiraf oleh kerajaan Myanmar sebagai warganegara disana. Undang-undang ini telah dilaksanakan di Myanmar selama 50 tahun sejak dari tahun 1962 lagi khususnya di bawah pemerintahan Junta sendiri. Kesannya tentera Rohingya telah disisihkan dan dipulaukan serta tidak dilayan dengan adil oleh kerajaan Myanmar itu sendiri. Mereka juga sering dikenakan tindakan-tindakan yang langsung tidak berperikemanusiaan dan tidak masuk akal oleh kerajaan Myanmar sendiri.
Faktor yang kelima ialah sikap segelintir masyarakat dunia yang tidak mempedulikan kesengsaraan dan keperitan yang dialami oleh etnik Rohingya itu sendiri. Ini kerana keganasan memerlukan media sebagai saluran maklumat yang mahu disampaikan pada khalayak sasaran (Dafrizal, Faridah Ibrahim, Chang Peng Kee, Fauziah Ahmad , 2013). Negara jiran seperti Bangladesh bertindak menolak semula kemasukan pelarian Rohingya dalam negara mereka. Tindakan yang dilakukan oleh Bangladesh ini tidak wajar kerana sebahagian daripada penduduk etnik Rohingya ini merupakan bekas warganegara Bangladesh itu sendiri suatu ketika dahulu sebelum mereka berhijrah ke Myanmar yang disebabkan oleh kepadatan penduduk yang sangat tinggi di Bangladesh. Di samping itu, mereka juga tidak mengakui bahawa penduduk Rohingya ini merupakan bangsa serumpun dengan mereka dan ini merupakan pemulauan yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Dasar Bangladesh ini telah mendapat kecaman daripada masyarakat antarabangsa terutamanya masyarakat Malaysia sendiri yang menganggap penduduk Bangladesh ini sebagai mudah lupa daratan serta asal-usul mereka. Negara Bangladesh turut bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap penduduk Rohingya dengan menghantar semula pelarian Rohingya tersebut pulang ke Myanmar. Hal ini telah menyebabkan kesukaran kepada pelarian-pelarian Rohingya itu sendiri kerana mereka akan terus ditindas semula oleh junta Burma di Myanmar. Tindakan Bangladesh ini juga tidak disokong dan ditentang oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana dianggap sebagai tidak berperikemanusian. 

4.0 Kesan-kesan konflik etnik Rohingya di Myanmar


Isu keganasan dan penghapusan etnik Rohingya yang berlaku di Myanmar bukan sahaja memberikan kesan kepada negara Myanmar malah Malaysia juga turut terkena segala kesan yang berlaku. Kesan ini berlaku tidak kira samada melibatkan masyarakat mahupun negara kita sendiri. Walaupun isu ini tidak berlaku di negara ini namun kesannya amat besar kepada masyarakat dan negara Malaysia. Kesan-kesannya melibatkan bidang ekonomi, sosial, pendidikan dan politik di negara kita ini.

4.1 Terhadap politik


Kesan pertama yang berlaku melibatkan sistem politik di Malaysia ialah hubungan kerajaan Malaysia dengan negara-negara ASEAN akan bertambah kukuh dan erat. Hal ini berlaku kerana semasa isu keganasan dan penghapusan etnik Rohingya di Myanmar ini berlaku, kerajaan Malaysia akan kerap menyertai persidangan antara negara-negara ASEAN untuk membahaskan segala cadangan-cadangan untuk menangani dan seterusnya menghentikan isu daripada terus berlaku. Melalui persidangan-persidangan yang disertai oleh menteri-menteri daripada kerajaan Malaysia dengan secara tidak langsung ia dapat mengukuhkan lagi jalinan hubungan dengan menteri-menteri dari negara ASEAN yang lain dan seterusnya akan membawa kepada kestabilan negara Malaysia.
Kesan yang kedua ialah sistem politik dan undang-undang yang dikenakan terhadap warga asing akan berubah. Hal ini berlaku kerana di Malaysia telah berlakunya kebanjiran pelarian etnik Rohingya di samping kebanjiran pendatang-pendatang asing daripada negara-negara lain seperti Indonesia, Bangladesh dan lain-lain lagi. Golongan Rohingya telah berada di Malaysia melebihi 15 tahun sekiranya mengambil kira akhir tahun 1980-an sebagai jangka waktu terawal bagi Rohingya tiba di Malaysia (Tan Pok Suan, 2006). Masyarakat Rohingya mengaggap bahawa negara Malaysia merupakan lokasi yang selamat bagi mereka untuk mencari perlindungan, tempat tinggal, sumber makanan dan keselamatan untuk meneruskan kehidupan. Para pelarian ini akan menggunakan kad pelarian UNCHR untuk mereka menjalani kehidupan di Malaysia ini. Dengan adanya kad pelarian UNCHR ini mereka dibenarkan untuk bekerja di negara ini dan pihak majikan telah mengambil kesempatan ini untuk mengambil mereka kerana kos pembayaran gaji bagi warga asing adalah lebih murah daripada warga tempatan. Namun begitu terdapat juga laporan daripada media massa mengatakan bahawa kebanyakan pelarian-pelarian Rohingya di Malaysia ini lebih cenderung untuk menjadi pengemis di jalanan berbanding bekerja dalam sektor buruh.
Seterusnya, melalui isu ini juga akan wujudnya kekeruhan hubungan antara dua agama iaitu agama Islam dan agama Buddha. Hal ini akan menjejaskan sistem politik di Malaysia ini kerana penduduk di Malaysia ini secara majorotinya menganut agama Islam dan diikuti oleh agama Buddha. Kekejaman penganut agama Buddha di Myanmar berkemungkinan besar akan memberikan tanggapan yang negatif kepada umat Islam di Malaysia ini. Keganasan dan peperangan yang berlaku antara orang Islam Rohingya dan penganut Buddha di Myanmar menyebabkan sebahagian besar orang Islam di Myanmar kehilangan tempat tinggal mereka. Perkara ini akan mendatangkan tanggapan yang negatif kepada penganut agama Buddha. Walaupun berbeza kaum, namun atas nama agama Islam, umat Islam telah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam penganut agama Buddha terhadap etnik Muslim. Melalui tindakan ini ia juga akan mendatangkan kesan yang buruk kepada kaum Melayu yang majoritinya beragama Islam dan kaum Cina yang majoritinya beragama Buddha. Tidak mustahil jika pergaduhan dan perbalahan antara orang Melayu dengan orang Cina berlaku disebabkan atas dasar keagamaan.

4.2 Terhadap pendidikan


Kesan pertama ialah tidak mustahil jika suatu hari nanti tajuk yang berkaitan dengan isu keganasan dan penghapusan etnik Rohingya ini akan wujud dalam sistem pendidikan di Malaysia terutamanya dalam subjek sejarah. Tajuk ini mungkin akan diwujudkan kerana untuk memberikan pengajaran dan iktibar kepada murid-murid tentang pentingnya persefahaman masyarakat yang berbeza agama dalam sesebuah negara. Murid-murid juga akan didedahkan dengan kekejaman yang berlaku di sana dan murid-murid pada ketika itu akan mengeluarkan pandangan dan persepsi masing-masing terhadap isu yang berlaku tersebut. Guru-guru pula akan menerapkan perasaan bantu-membantu dalam diri murid-murid.
Kesan yang kedua ialah para pelajar akan didedahkan dan dikaitkan dengan isu keganasan dan penghapusan etnik dalam sistem pembelajaran mereka pada masa kini. Perkara ini boleh diwujudkan dalam mana-mana subjek melalui sistem pembelajaran yang diamalkan kini. Hal ini juga dapat menimbulkan rasa empti dalam diri murid itu sendiri serta nilai-nilai kemanusiaan yang dapat mewujudkan perasaan kasih sayang.  Hal ini ia akan menggalakkan mereka untuk menderma dan memberi sunbangan kepada mangsa-mangsa di Rohingya tersebut.  

5.0 Cadangan dan peranan Malaysia terhadap konflik etnik Rohingya di Myanmar


Isu di Rohingya ini sememangnya sangat serius dan Malaysia perlulah mengambil berat tentang masalah yang dihadapi di Rohingya ini. Hal ini kerana Malaysia merupakan salah sebuah negara jiran yang tinggal berdekatan dengan negara Myanmar. Selain itu negara Malaysia merupakan salah sebuah negara di Asia Tenggara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi. Oleh yang demikian, penduduk Malaysia yang sebahagian besarnya menganuti agama Islam ini seharusnya membantu masyarakat Myanmar atas dasar nama Islam tersebut. Jadi apa gunanya jika saudara seislam kita yang hidup disana dalam keadaan sengsara sebaliknya kita di Malaysia ini yang hidup dalam keadaan aman dan damai tidak menghulurkan bantuan kepada mereka disana. Terdapat beberapa cadangan dan peranan Malaysia sebagai negara jiran untuk mengatasi isu penghapusan etnik di Rohingya ini.
Cadangan pertama yang boleh dilakukan oleh negara kita ini ialah kerajaan Malaysia haruslah menyuarakan permasalahan yang serius ini di persidangan-persidangan antarabangsa dan Asia. Antara persidangan yang boleh disertai oleh Malaysia ialah persidangan seperti OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya supaya permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Rohingya ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Dunia baru hari ini sedang bergelut dengan penghidupan baru, satu dunia yang mana negara-negara mengenalpasti tanggungjawab bersama untuk memupuk kebebasan dan keadilan seta negara yang kuat menghormati hak-hak negara yang lemah (Kassim B. Thukiman, Prof. Madya Dr. Durrishah Bt. Idrus, 2004). Oleh itu pemimpin-pemimpin Malaysia yang menyertai persidangan ini tidak sepatutnya berasa malu dan takut untuk menyuarakan serta membangkitkan terus isu penghapusan etnik Rohingya di Myanmar semasa persidangan itu berlangsung. Seterusnya negara Malaysia juga perlu mengambil beberapa inisiatif yang sistematk dan berterusan kepada masyarakat Rohingya di Myanmar ini supaya dengan inisiatif yang berterusan ini dapat membantu sedikit sebanyak masyarakat Rohingya ini untuk mendapatkan kewarganegaraan mereka sendiri kerana selama ini mereka hanya menjalani kehidupan disana sebagai pelarian.
            Cadangan yang seterusnya ialah negara Malaysia perlulah memberikan sedikit sebanyak sumbangan kepada masyarakat Rohingya di Myanmar agar melalui sumbangan ini ia dapat mengurangkan penyeksaan masyarakat Rohingya disana. Antara sumbangan yang boleh diberikan oleh rakyat Malaysia kepada masyarakat Rohingya ialah samada dalam bentuk material mahupun dalam bentuk semangat. Kutipan sumbangan ini boleh dilaksanakan oleh agensi-agensi yang telah mendapat pengiktirafan oleh pihak kerajaan supaya tidak timbulnya isu penipuan semasa aktiviti kutipan ini dijalankan. Agensi-agensi yang terlibat itu boleh menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan sumbangan daripada pelbagai masyarakat di Malaysia ini. Antara kaedahnya ialah mereka boleh mengutip sumbangan ini semasa sesuatu majlis yang dilakukan secara besar-besaran atau kecil-kecilan samada seperti majlis makan malam, majlis penutupan atau pembukaan sesuatu program dan sebagainya. Aktiviti kutipan sumbangan ini juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang kita anjurkan terutamanya melibatkan masyarakat luar itu sendiri. Antaranya ialah melalui konsert amal, jualan baju amal, pameran tentang kehidupan masyarakat Rohingya dan lain-lain lagi. Kutipan derma ini juga boleh dijalankan oleh pihak bank itu sendiri dengan mengemukakan nombor akaun yang ditetapkan khusus hanya untuk aktiviti derma kemanusiaan Rohingya sahaja. Bank-bank swasta di seluruh Malaysia juga boleh melaksanakannya selain dapat mempromosikan perkhidmatan sesebuah bank tersebut.
Cadangan dan peranan ketiga ialah negara Malaysia perlulah bersikap terbuka dengan membenarkan pelarian-pelarian Rohingya ini untuk tinggal di Malaysia ini secara sementara sehingga krisis ini selesai. Walaupun Malaysia ini secara amnya telah dibanjiri dengan warga-warga asing namun pihak kerajaan boleh menetapkan kuota kepada pelarian-pelarian ini untuk tinggal di Malaysia ini. Selain itu Malaysia juga boleh bersepakat dengan negara jiran yang lain dalam menetapkan jumlah pelarian-pelarian Rohingya di negara masing-masing. Dengan kaedah ini secara tidak langsung dapat membantu masyarakat Rohingya ini sedikit sebanyak.
Kemudian, masyarakat dunia termasuklah masyarakat Malaysia juga perlu menggesa kerajaan Junta di Burma supaya menghentikan penindasan dan kekejaman terhadap masyarakat Rohingya ini. Perkara ini perlu dilaksanakan dengan secepat mungkin supaya jumlah korban masyarakat Rohingya ini tidak berterusan meningkat dari hari ke hari. Selain itu masyarakat di negara Malaysia perlulah mencadangkan supaya aktiviti penyiasatan perlulah dilaksanakan secara menyeluruh bagi menentukan kedudukan sebenar masyarakat Rohingya di Myanmar.
Cadangan dan peranan yang kelima ialah kerajaan Malaysia perlulah kerap menyertai Association of South East Asian Nation (ASEAN) untuk bersuara dan meminta kerajaan Junta supaya menghentikan penyeksaan masyarakat Rohingya di Myanmar. Hal ini kerana Myanmar juga merupakan salah sebuah negara yang menganggotai ASEAN ini dan perlu diambil berat dan diberikan bantuan kepada mereka. Selain itu kerajaan Junta juga perlulah menyiasat kembali undang-undang yang telah digubal khususnya Citizenship Law (1982) dan dimansuhkannya supaya kesengsaraan yang dialami oleh masyarakat Rohingya ini boleh berakhir. Dengan penggubalan dan pemansuhan undang-undang ini juga ia dapat membantu masyarakat Rohingya untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan yang mereka inginkan selama ini.  

6.0 Rumusan


Kesimpulannya, masyarakat Rohingya merupakan salah satu etnik yang menjadi mangsa kepada penindasan dan penghapusan etnik secara beramai-ramai di negara mereka sendiri. Hal ini berlaku kerana masyarakat Buddha di Myanmar menganggap bahawa etnik Rohingya ini merupakan sebuah etnik yang wujud dan akan memberikan ancaman yang besar kepada penduduk-penduduk Myanmar yang lain. Namun pada hakikatnya masyarakat Rohingya ini bukanlan satu ancaman kepada penduduk-penduduk Myanmar yang lain seperti yang disangkakan tetapi mereka ini hanyalah satu bangsa yang ingin mencari tempat yang sesuai untuk mereka mendapatkan tempat tinggal dan perlindungan serta hak-hak asasi mereka dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Isu penindasan ini semakin hari semakin berlarutan kerana orang-orang Buddha di Myanmar sendiri tidak menerima orang-orang Islam di sana. Hal ini berlaku kerana penduduk Myanmar merasakan bahawa diri mereka mungkin diancam samada dari segi fizikal dan budaya yang menyebabkan mereka ini bertindak dengan kejam terhadap masyarakat Rohingya di Myanmar ini demi menjaga keselamatan dan kepentigan masing-masing.
Masalah ini juga berlaku secara berlarutan sehingga kini kerana masyarakat dunia itu sendiri yang tidak menganggap isu ini sebagai isu yang serius bagi mereka. Hal ini berlaku kerana wujudnya sikap mementingkan diri sendiri dalam diri mereka serta sikap ketidakperihatinan terhadap masalah yang berlaku di negara Myanmar tersebut. Selain itu mereka juga menganggap bahawa permasalahan ini juga tidak membawakan apa-apa kesan kepada diri mereka kerana isu ini tidak melibatkan samada diri mereka sendiri mahupun ahli keluarga mereka. Kemudian pertubuhan-pertubuhan di dunia  seperti ASEAN, OIC dan PBB tidak memainkan peranan mereka dalam membendung isu keganasan dan penghapusan etnik yang berlaku di Myanmar sejak dari dahulu lagi. Namun begitu terdapat juga golongan-golongan yang berpendapat bahawa pertubuhan-pertubuhan ini telahpun menjalankan peranan mereka tetapi tidak berjaya kerana mendapat tentangan yang kuat terutamanya daripada kerajaan Burma itu sendiri. Anggota-anggota ASEAN juga sepatutnya meneliti dengan lebih serius terhadap setiap masalah yang dihadapi oleh anggota-anggota ASEAN itu sendiri bukan sahaja terhadap memperkasakan ekonomi sahaja tetapi dari soal kemanusiaan juga.
Kesan daripada isu keganasan dan penghapusan etnik dari segi politik di Malaysia ialah hubungan antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN yang lain yang menjadi lebih kukuh. Hal ini berlaku kerana negara Malaysia sering terlibat dalam persidangan dalam negara-negara di Asia Tenggara ini. Kemudian sistem politik dan undang-undang yang dikenakan terhadap warga asing akan berubah. Hal ini berlaku kerana di Malaysia terdapat lambakan warga asing termasuklah daripada negara-negara Asia Tenggara yang lain. Kesan terhadap pendidikan pula ialah tidak mustahil pada suatu hari nanti jika tajuk yang berkaitan dengan Rohingya ini akan dimasukkan ke dalam silibus matapelajaran sejarah.
Jika isu ini tidak diselesaikan dengan segera, tidak mustahil bahawa etnik di Rohingya ini akan lenyap dari muka bumi ini serta ia juga turut menggugat kedudukan umat Islam di seluruh dunia. Oleh itu semua pihak sepatutnya mengambil peranan dan menjelaskan isu penindasan dan penghapusan etnik kepada dunia supaya semua masyarakat dunia kini mengetahui akan kekejaman yang dilakukan oleh kerajaan Junta di Burma itu sendiri. Kerajaan Malaysia terutamanya perlu mengambil berat terhadap isu ini kerana masyarat di Rohingya itu secara majoritinya adalah umat Islam sendiri. Jadi sebagai saudara sesama Islam kita perlulah mengambil berat dan mengambil bahagian terhadap isu yang berlaku terhadap masyarakat Rohingya di Myanmar tersebut. Kemudian rakyat Malaysia juga perlu bersikap pemurah dengan senantiasa menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada penduduk Rohingya. Dengan secara tidak langsung melalui cara ini ia dapat menurangkan sedikit penderitaan yang dialami oleh masyarakat Rohingya ketika ini. Kemudian kerajaan Malaysia juga perlu memberikan ruang dan peluang kepada para pelarian Rohingya ini dengan memberikan tempat tinggal mereka dan tempat perlindungan kepada mereka. Masyarakat di dunia juga perlulah menggesa kerajaan Junta agar menghentikan segala penindasan yang dilakukan terhadap masyarakat Rohingya di Myanmar.
Secara keseluruhannya semua pihak di seluruh dunia ini perlu bersikap prihatin terhadap kesengsaraan yang dialami oleh masyarakat Rohingya di Myanmar ini. Oleh itu, pelbagai inisiatif perlu dilakukan untuk mengatasi segala isu keganasan dan penghapusan etnik di Myanmar itu sendiri.  


7.0 Rujukan

Abu Talib Ahmad. (2008). Konflik Dunia Abad Ke-20. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Dafrizal, Faridah Ibrahim, Chang Peng Kee, Fauziah Ahmad . (2013). Latar Belakang. Trend Pemberitaan Isu Keganasan Dalam Akhbar Perdana Malaysia Dan Indonesia, 3.
Kaliammal Shumugam. (2006). Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. "Bosnia: Pencabulan Hak Asasi Manusia dan Politik Antarabangsa", Latihan Ilmiah, 25.
Kassim B. Thukiman, Prof. Madya Dr. Durrishah Bt. Idrus. (2004). Isu Keganasan Antarabangsa. Keganasan Antarabangsa: Suatu Tinjauan Awal, 3.
Moshe Yegar. (1978). The Muslim Of Burma. Feer, 97.
Prof. Datuk Abdul Halim Sidek, Dr. Yohan Kurniawan, Prof. Dr. Hishamuddin Bin Md. (2012). Kaum Rohingya. Penganiayaan Dan Pencabulan Hak Asasi Masyarakat Rohingya, 3.
Tan Pok Suan. (2006). Penemuan Kajian. Kehidupan Rohingya di Malaysia: Perjuangan Dalam Ketidakpastian Hidup, 3-4.




 

 

 

8.0 Refleksi


 

Pertamanya saya ingin mengungkapkan perasaan syukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna walaupun terdapat banyak cabaran dan dugaan yang perlu saya lalui semasa saya melaksanakan kerja kursus ini. Kemudian saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pehak-pihak yang terlibat dalam menyiapkan kerja kursus saya ini samada secara langsung mahupun tidak langsung.
Saya selaku pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambilan Jun 2014 bagi semester ini telah ditugaskan untuk menyiapkan satu tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Cabaran Dan Isu Semasa Dunia (GCI1022). Saya merasakan tugasan ini merupakan satu cabaran yang baru bagi saya kerana subjek ini merupakan subjek yang belum pernah saya pernah ambil samada semasa saya di sekolah rendah mahupun ketika saya di sekolah menengah. Walaupun subjek ini merupakan subjek tambahan, namun subjek ini perlu diambil oleh pelajar-pelajar PPISMP bagi tahun ini. Subjek ini telah membawa markah sebanyak 100% bagi kerja kursus ini jadi saya perlu membuat kerja kursus ini dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu untuk mendapatkan markah yang terbaik bagi kerja kursus ini saya perlu mengetahui pelbagai ilmu yang berkaitan dengan subjek ini. Sebelum saya mendapat kerja kursus ini, fikiran saya seringkali dihantui dengan persoalan-persoalan mengenai kerja kursus saya ini tentang bagaimana untuk melaksanakan kerja kursus ini. Pada mulanya saya berasa begitu janggal kerana saya tidak mengetahui tentang apa-apa mengenai mata pelajaran ini terutamanya dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran dan kaedah pengumpulan bahan-bahan dan maklumat-maklumat dalam perlaksanaan kerja kursus ini. Saya juga telah mengambil inisiatif untuk memahami persoalan yang dikemukakan dengan sering membaca persoalan tersebut secara berulang kali. 
Semasa saya melaksanakan kerja kursus ini saya berasa sangat bersyukur dan berterima kasih kerana saya dibenarkan untuk melaksanakannya dalam kumpulan bagi tugasan yang pertama. Namun begitu saya juga turut diberikan tugasan kerja kursus secara individu dalam tugasan yang kedua dan ini merupakan satu tugasan yang agak berat bagi saya kerana kerja kursus sebelum ini saya hanya melaksanakannya dalam kumpulan sahaja. Melalui tugasan berkumpulan saya tidak berasa begitu terbeban untuk melaksanakannya kerana saya dan ahli kumpulan saya yang lain telah membahagikan tugasan masing-masing serta kami turut mencari bahan-bahan ilmiah dan rujukan samada di perpustakaan mahupun di internet. Manakala melalui tugasan individu pula saya telah mengalami sedikit masalah samada untuk melaksanakan kerja kursus ini mahupun untuk mencari bahan-bahan bagi menyiapkan kerja kursus itu sendiri. Semua tindakan saya ini perlu saya lakukannya dengan seorang diri.
Namun begitu saya juga turut menghadapi beberapa kekangan yang perlu saya hadapi semasa saya melaksanakan kerja kursus ini tidak kira ketika saya melaksanakan tugasan pertama mahupun ketika saya melaksanakan tugasan kedua. Kaedah untuk mendapatkan maklumat dan mengetahui cara-cara untuk memanipulasikan pengetahuan berasaskan kehendak soalan merupakan salah satu kekangan bagi saya dalam melaksanakan kerja kursus ini. Melalui kekangan ini, ia telah mengajar saya untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajar senior dalam bertanyakan setiap persoalan yang dikemukakan. Selain itu ia juga telah mengajar saya tentang bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dengan menggunakan pemikiran yang terbuka dan matang. Semasa melaksanakan kerja kursus ini saya banyak menggunakan pencarian maklumat-maklumat dan bahan-bahan berasaskan internet untuk memenuhi segala persoalan yang dikehendaki dalam tugasan ini. Pencarian maklumat dan bahan melalui internet ini secara tidak langsung telah membantu sedikit sebanyak memudahkan kerja saya  dalam melaksanakan kerja kursus ini kerana saya sering meminjam kemudahan internet daripada kawan untuk mencari bahan-bahan tersebut. Dengan penggunan internet ini saya juga dengan secara tidak langsung saya telah mempelajari satu ilmu dan kemahiran baru yang berkaitan dengan Teknologi Dan Maklumat (ICT).
Di samping itu semasa tugasan ini dilaksanakan, saya juga sering kali pergi ke Pusat Sumber Dato` Lokman Musa untuk mencari bahan-bahan ilmiah bercetak dan sumber-sumber rujukan. Namun begitu, kekanagan masa yang terhad menyebabkan saya terpaksa menggunakan masa yang singkat sahaja untuk saya mencari bahan-bahan dan sumber-sumber rujukan dengan pantas di pusat sumber tersebut. Situasi ini telah mengajar saya bahawa betapa pentingnya masa dalam kehidupan kita walaupun sesaat dan saya juga berasa menyesal kerana selama ini saya tidak menghargai masa dan sering menghabiskan masa seharian saya dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Kemudian lambakan kerja kursus dan tugasan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah juga merupakan satu kekangan yang besar perlu saya hadapi. Untuk mengatasi masalah ini saya perlu bijak menguruskan masa saya dan sentiasa berdisiplin dalam menepati masa serta menghargai masa tersebut kerana masa itu emas. Kekangan yang saya hadapi seterusnya ialah melibatkan perisian komputer riba saya yang kerap kali kehabisan bateri. Hal ini berlaku kerana bateri yang saya gunakan ini adalah telah lama dan mungkin telah tiba masanya untuk saya menukarkannya dengan bateri yang lain. Faktor lain juga mungkin saya kerap menggunakan komputer riba saya ketika saya sedang mengecasnya sebelum ini.
Kebaikkan yang saya dapat perolehi melalui perlaksanaan kerja kursus saya ini ialah saya dapat mengetahui tentang perlaksaan sistem GST di negara kita yang dikuatkuasakan pada bulan April pada tahun hadapan. Kemudian saya juga dapat mengetahui akan kebaikan-kebaikan GST terhadap individu, masyarakat dan negara di samping kesan-kesan yang akan berlaku apabila sistem GST ini dilaksanakan di negara Malaysia. Seterusnya, saya juga dapat mengetahui tentang pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh masyarakat Malaysia itu sendiri samada melibatkan generasi baru mahupun generasi lama itu sendiri. Saya juga dapat mengenalpasti negara-negara yang mengamalkan sistem GST ini di negara mereka dan kesan-kesan yang telah berlaku di negara mereka. Melalui tugasan pertama ini saya juga telah mempelajari tentang cara-cara untuk menghasilkan sebuah buku untuk kegunaan dan rujukan ramai. Melalui tugasan yang kedua, kebaikan yang saya peroleh ialah saya dapat mengetahui tentang masyarakat Rohingya di
Myanmar dan permasalahan yang berlaku disana sehinggakan nama etnik tersebut hangat dikatakan di dada akhbar. Selain itu saya juga dapat mengetahui tentang kekejaman kerajaan Junta di Burma yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan etnik di Rohingya tersebut. Kemudian saya juga dapat mengetahui faktor-faktor, kesan-kesan dan cadangan-cadangan Malaysia untuk mengatasi masalah penghapusan etnik di Rohingya ini. Secara keseluruhannya saya berasa begitu simpati terhadap apa yang berlaku terhadap masyarakat Rohingya di Myanmar. Semasa saya menjalankan kajian terhadap isu ini dengan secara tidak langsung perasaan yang bersifat kemanusiaan itu wujud dalam diri saya.
Cadangan saya seterusnya melalui kajian saya ini, saya akan menggunakan pengalaman-pengalaman dan iktibar-iktibar yang saya perolehi semasa saya melaksanakan kerja kursus ini akan saya praktikkan dan menerapkan kedalam diri anak-anak murid saya pada masa hadapan. Saya berharap agar, segala pendekatan yang saya lakukan ini dengan secara tidak langsung dapat memberikan sedikit sebanyak sumbangan dalam dunia pendidikan agar dunia pendidikan di Malaysia akan dikenali dan menjadi lebih mantapkan kukuh pada satu tahap yang sukar dicapai oleh negara lain. Melalui pemantapan tersebut, ia juga dapat membantu negara Malaysia secara tidak langsung dapat bersaing dengan negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan yang utuh seperti Jepun. Akhirnya melalui kajian saya ini, saya juga berharap agar semua masyarakat diluar sana akan mengambil iktibar dan menjadikannya sebagai panduan serta memberikan pengajaran kepada kehidupan seharian masyarakat di Malaysia kini.








13 comments:

  1. Saya ingin mengambil serba sedikit maklumat ini boleh ye..

    ReplyDelete
  2. saya pun sama..nak ambil sikit maklumat yang ada disini sebagai rujukan..boleh yer..

    ReplyDelete
  3. selain dua faktor dalam isu pendidikan yang saudara telah mention, tumpang tanya adakah lebih lagi faktor ttg isu pendidikan yang dapat dikaitkan dalam topik Rohingya ini? TERIMA KASIH!

    ReplyDelete
  4. sy nak ambil sedikit maklumat sbgai rujukan kerja kursus.
    terima kasih

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. aslkm tuan. sy nak ambil sikit info ye. terima kasih

    ReplyDelete
  8. saya ambil beberapa maklumat dalam ni ya ^^. TERIMA KASIH :)

    ReplyDelete
  9. Skrg pelarian rohingya sdh besar kepala di malaysia buat demo minta hak sama rata dgn penduduk pribumi! Pengotor & lupa diri! Langgar perintah PKP..awk rasa? Jgn kerna seagama terus membela membabi buta..ketahuilah latar belakang kejahatan mereka mengapa sbb dibantai oleh tentera myammar..sbb nya logik suka bikin onar dlm negara org, skrg saksikan lah sendiri perangai iblis mrk di malaysia.

    ReplyDelete
  10. Titanium Symbol: The Story of Gold - TITI-TEG.COM
    The Iron Man properties of titanium – Iron Man – Iron Man is a power supply titanium video game ford fusion hybrid titanium and role-playing developed by is titanium lighter than aluminum Treasure titanium money clip for the Sega Genesis.

    ReplyDelete